Jawatan Panglima Azizan Ariffin

Sebelum dilantik mengetuai Tentera Udara DiRaja Malaysia, beliau telah menjawat jawatan sebagai Panglima Operasi Udara , dan kemudiannya Timbalan Panglima Tentera Udara mulai 5 April 2004. Kredibiliti serta ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki telah melayakkan beliau dilantik untuk menerajui Tentera Udara Diraja Malaysia sebagai Panglima Tentera Udara bermula pada 30 Oktober 2006. Tanggal 1 September 2009 adalah merupakan tarikh keramat dalam perkhidmatan beliau khususnya dan TUDM amnya apabila beliau secara rasminya telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-15. Lebih signifikan lagi beliau telah melakar sejarah kerana menerima mandat sebagai Panglima Angkatan Tentera pertama dari Perkhidmatan Udara sejak jawatan itu digilirkan antara ketiga-tiga cabang Perkhidmatan iaitu Darat, Laut dan Udara.